MELAKA MAHU JADI LOKASI, LANCAR TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 A

Masa Membaca:47 Saat

AYER KEROH 6 Oktober – Melaka menawarkan diri untuk menjadi lokasi pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata cadangan itu telah dibawa ke peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Cadangan ini kita telah bawa ke peringkat persekutuan dan kita minta juga pertimbangan daripada Menteri Pelancongan.

“Melaka akan bersama-sama dalam Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menambah pelbagai acara, aktiviti berskala lebih besar nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Melaka Explorace 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Sains,Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh serta kenamaan lain.

Ab Rauf turut menyampaikan hadiah kemenangan Explorace Melaka 2024 kepada pemenang untuk tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka, Media dan Agensi Kerajaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

46
Kongsi :
Previous post MOHON PERLUAS SET KOMBO RM10 KE RESTORAN, KEDAI MAKAN
Next post POLIS TAHAN TIGA LELAKI BERKELAKUAN TIDAK SENONOH KETIKA ACARA LARIAN ANTARABANGSA
Ubah saiz-+=