
MELAKA LULUS LEBIH 200 LESEN JUAL BUNGA API, MERCUN
AYER KEROH 13 Mac – Lebih 200 permit atau lesen menjual bunga api termasuk mercun dikeluarkan Polis Melaka kepada peniaga untuk aktiviti penjualan secara terbuka sepanjang Ramadan, setakat ini.
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, jumlah yang diluluskan itu adalah daripada keseluruhan permohonan yang diterima dari setiap daerah dalam negeri ini.
“Kelulusan permit ini diluluskan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) di setiap daerah selepas permohonan diterima daripada peniaga.
“Namun begitu kelulusan hanya diberikan kepada peniaga yang mematuhi segala peraturan ditetapkan sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kempen Keselamatan Dan Pengedaran Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan Tahun 2025 di hadapan Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, semalam.
Hadir sama, Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman dan Setiausaha MBMB Muhammad Firdaus Shariff.
Menurut Dzulkhairi, bagi tarikh penjualan mercun dan bunga api yang dibenarkan pula adalah bermula 20 hari sebelum raya sehinggalah 10 hari selepas raya.
“Hanya penjualan bunga api jenis ‘happy boom’ yang dibenarkan antaranya sebanyak 36 bunga api yang disenaraikan daripada jenis tersebut,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...