
Melaka lebih bersedia kearah negeri mampan dan relevan- KM
DUBAI 14 Mac- Krisis kesihatan melanda dunia ekoran pandemik COVID-19 dianggap sebagai peluang untuk Melaka memulakan semula industri pelancongan yang terjejas teruk selain menjadi sebuah negeri mampan dan relevan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata pelancongan adalah tunjang ekonomi Melaka namun terjejas disebabkan pandemik susulan penutupan pintu sempadan antarabangsa.
“Saya berharap Melaka Week di Expo 2020 Dubai mampu mengukuhkan kembali kegemilangan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan di mata dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Merasmikan Pelancaran Melaka Week di Expo 2020 Dubai di Pavilion Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.
Hadir sama pada majlis itu adalah Duta Besar Malaysia ke UAE, Datuk Mohd Tarid Sufian; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari; EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusof; EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Rahmad Mariman serta Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Mohd Hasril Abdul Hamid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...
RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA
SERI NEGERI 29 April - Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah Dana Kasih Niaga sejak 2021 sehingga 2023...