
Melaka laksana 383 projek jangka pendek atasi banjir – KM
SERI NEGERI 23 Dis – Kerajaan negeri telah melaksanakan sebanyak 383 projek-projek kecil berbentuk jangka pendek seperti menaik taraf parit, longkang dan lain-lain membabitkan kos sejumlah RM37 juta bagi tahun 2021.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata lapan projek berskala besar bernilai RM931.2 juta juga telah diluluskan kerajaan persekutuan bagi mengatasi banjir di negeri ini.
Antara yang akan telah diluluskan ialah seperti Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Melaka Fasa 1.
“Kita juga akan menaik taraf Kolam Tebatan Banjir Krubong sebagai dwi-fungsi untuk tebatan banjir dan sumber air Negeri Melaka. Ini adalah projek yang pertama seumpamanya dilaksanakan di Malaysia.
“Selain RTB Sungai Duyong, RTB Alor Gajah Fasa 1, RTB Jasin, RTB Bandar Merlimau, satu penyediaan Peta Hazard Banjir Lembangan Sungai Duyong dan kajian Pelan Induk RTB Sungai Baru juga akan dilaksanakan,” katanya.
Beliau berkata demikan pada sidang media Pasca Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di Seri Negeri di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, setakat ini Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka telah mengenalpasti 124 ‘hotspot’ banjir di seluruh negeri.
Ia membabitkan 59 kawasan di Melaka Tengah, 23 di Alor Gajah dan 42 di Jasin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
