
MELAKA KUASAI SUKAN FINSWIMMING
AYER KEROH 27 Oktober – Melaka terus menunjukkan keunggulan dalam arena sukan renang sirip (finswimming) apabila muncul johan keseluruhan pada 2nd Malaysia Age Group Finswimming Championship 2024 yang berlangsung di Johor Bahru, baru-baru ini.
Dalam kejohanan yang berlangsung di Educity Sport Complex itu, kontinjen Melaka yang menghantar atlet berusia 6 hingga 18 tahun berjaya membawa pulang 59 pingat emas, 48 perak dan 52 gangsa.
Manakala mata keseluruhan yang dikumpul adalah sebanyak 2,397 mata, jauh meninggalkan pencabar terdekat iaitu Persatuan Finswimming Selangor di tempat kedua dengan 985 mata dan Persatuan Finswimming Pulau Pinang dengan 725 mata.
Lebih manis, 10 atlet Melaka turut dipilih sebagai atlt terbaik mengikut kategori dalam kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu.
Antara atlet yang mencuri tumpuan adalah Zara Aleesya Mohamad Suadi yang dinobat atlet terbaik kategori wanita 12-13 tahun apabila berjaya meraih enam pingat emas dan satu perak.
Pingat emas itu diraih dalam acara 50 meter (m) Bifin, 100m Bifin, 200m Bifin, 50m Surface Relay, 50m Surface dan 50m Apnea, manakala perak dalam acara 50m Bifin Relay.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...