MELAKA KOMITED TINGKAT TARAF KESIHATAN RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TANJUNG BIDARA 13 Oktober –  Penganjuran  Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat disambut baik oleh Kerajaan Negeri yang komited mahu meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup rakyat, termasuk daripada aspek mental.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, KERAJAAN Negeri akan terus menyokong usaha-usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam merealisasikan pelbagai program kesihatan termasuk menoktahkan masalah kesihatan mental di Melaka.

Ab Rauf berkata, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI bagi menjamin kesejahteraan masyarakat, KKM mewujudkan talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental iaitu Talian HEAL 15555 bagi meningkatkan
akses kepada masyarakat berhubung bantuan sokongan Kesihatan mental dan tele-kaunseling,

“Saya percaya, melalui program-program yang dianjurkan seperti pertandingan syarahan, ‘wellness on wheel’
dan Pertandingan Beragam 3R mampu memberi pendedahan dan pengalaman yang bernilai buat masyarakat.

“Menyedari peri pentingnya sektor sukan yang mampu melahirkan mental yang sihat, kita anjurkan acara  yang paling mendapat perhatian iaitu Funwalk & Funride Summer @Tanjung Bidara yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai RM1,000 selain barangan elektrik bagi cabutan bertuah,” kata Ketua Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Melaka dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Alor Gajah Tahun 2024 di Japerun Tanjung Bidara hari ini.

Hadir sama  pada sambutan itu Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem serta Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh.

Yang turut hadir Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abd Azis, Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rosli Abdullah serta Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Ruzita Mustaffa.M

Menurut Ketua Menteri, penganjuran jelajah seluruh Malaysia ini merupakan ‘new deal’ kerajaan bertujuanm embudayakan rakyat Malaysia dengan amalan gaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan sepanjang hayat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

83
Kongsi :
Previous post USAHAWAN DIGITAL MELAKA JANA RM38.33 JUTA
Next post ‘AIR FORCE’ MASUK KAMPUNG
Ubah saiz-+=