Melaka komited tangani isu pelarian Rohingya
SERI NEGERI 15 Disember – Cadangan menghadkan tempoh keberadaan etnik Rohinghya di Melaka antara langkah yang disambut baik Kerajaan Negeri dalam menangani isu sosial dan kententeraman awam membabitkan pelarian etnik itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Kerajaan Negeri selari dengan Kerajaan Persekutuan yang komited dalam menangani isu berkenaan menerusi pelbagai saluran diplomatik dan forum antarabangsa dengan kerjasama negara di bawah Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean).
Jelasnya, namun begitu tempoh tersebut terlalu panjang dan Malaysia terpaksa bergantung kepada kesediaan negara ketiga untuk menerima pelarian tersebut dan kebiasaanya proses semakan dan kelulusan akan memakan masa yang agak lama.
“Mengikut statistik UNHCR, seramai 2,172 pelarian etnik Rohingya sebagai pemegang kad UNHCR di Melaka.
“Kerajaan Negeri seiring dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu menangani pelarian etnik Rohingya ini, di mana kita akan bersama-sama berusaha dan komited dalam mencari solusi menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkaitan lain.
“Hal ini kerana, Malaysia sendiri sudah tidak dapat menampung lebih ramai pelarian kerana sumber dan kapasiti mereka sudah mencapai had seperti perlu menjaga kebajikan mereka selain perlu menyediakan tempat tahanan sementara yang akan menjelan jutaan ringgit,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan penggulungan pengangguhan sempenan perbahasan usul bajet negeri Melaka pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, hari ini.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata pelarian etnik Rohingya itu juga tidak terkecuali dalam isu-isu melibatkan jenayah.
Mengikut statistik dari Polis Melaka, setakat Januari hingga November tahun 2022, sebanyak 34 kes melibatkan etnik Rohingya dilaporkan berbanding 29 kes pada tahun lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.