
Melaka kembali satu angka kes COVID-19
AYER KEROH 29 Mac – Kes baharu positif COVID-19 di negeri ini merekodkan penurunan mendadak dengan jumlah satu angka semalam.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Melaka merekodkan lima kes positif semalam dengan dua kes menerusi saringan kontak rapat daripada Kluster Teknologi Lot Enam.
Kata kenyataan itu, tiga lagi kes membabitkan tahanan daripada Kluster Telok Mas.
“Jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang masih dirawat adalah seramai 241 pesakit termasuk dua daripadanya dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka,” kata kenyataan itu.
Kali terakhir Melaka merekodkan satu angka bagi kes positif COVID-19 adalah pada 18 Mac lalu dengan lapan kes positif direkodkan.
Kelmarin, negeri ini merekodkan 36 kes baharu termasuk satu daripada kluster import dari Kedah iaitu Kluster Bunga Tanjung Bendahara.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
SEMBILAN REMAJA LELAKI ANTARA 23 DITAHAN DALAM OPS MOTOSIKAL DI JOHOR
JOHOR BAHRU 22 April - Polis Johor menahan 23 lelaki warga tempatan termasuk sembilan remaja dalam OPS Motosikal, yang dijalankan...
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...