Melaka kekurangan darah jenis O

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BUKIT PALAH 2 Julai – Unit Tabung Darah Hospital Melaka memerlukan sumbangan orang ramai bagi mengisi bekalan darah jenis O yang berdepan penyusutan tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Rusdi Abdul Rahman berkata kerjasama orang ramai amat dialu-alukan bagi memastikan bekalan darah jenis itu mencukupi.

“Sejak pembukaan sempadan April lalu, kita melihat peningkatan dan bekalan darah stabil pada paras lebih 15,000 bag darah.

“Walaubgaimanapun, kumpulan darah jenis 0 berada di bawah paras kurang selamat namun tidak kritikal.

“Kebiasaannya disebabkan penggunaan darah jenis O yang tinggi melibatkan kes-kes kemalangan dan memerlukan tranfusi darah kumpulan ini, jadi kita harap mereka yang berdarah jenis ini tampil kehadapan dan menderma darah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2022 di Hospital Melaka hari ini.

Mengulas lanjut, Rusdi berkata kekurangan itu disebabkan beberapa faktor antaranya disebabkan peningkatan kes kecemasan dan stok persediaan menjelang musim perayaan, selain peningkatan penggunaan jenis darah O dalam rawatan.

“Individu kategori jenis darah lainnya turut diminta tampil segera melakukan tanggungjawab sosial sama,” katanya.

Dalam pada itu, Rusdi turut memaklumkan pihaknya menyasarkan sebanyak 30,000 pek darah dapat dikumpul sepanjang tahun ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1585
Kongsi :
Previous post TAPEM komited mantapkan program bersama pelajar Melaka di luar negeri
Next post Tiada kluster ILI di Melaka
Ubah saiz-+=