
Melaka kekal catat kes COVID-19 di bawah 20
AYER KEROH 16 Feb. – Buat hari ketiga berturut-turut kes jangkitan COVID-19 di Melaka kekal berada di paras bawah angka 20 kes.
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri, hanya 14 kes positif COVID-19 direkodkan hari ini yang melibatkan 12 kes tempatan dan dua kes import.
Kluster Teknologi Lot Enam menjadi satu-satunya kluster yang menyumbang kes pada hari ini apabila mencatatkan lapan kes, manakala baki enam lagi kes disumbangkan saringan kontak rapat, saringan kendiri dan saringan bergejala.
“Terdapat 69 kes sembuh dan tiada kes kematian direkodkan pada hari ini.
“Sehingga kini terdapat keseluruhan 810 kes masih dirawat dengan 13 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan lapan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.
Dalam pada itu, hanya dua kawasan di Melaka masih berada di zon merah iaitu mukim Serkam di Daerah Jasin yang merekodkan 1,325 kes dan mukim Bandar Melaka di Daerah Melaka Tengah (50 kes).
Daerah Alor Gajah menjadi satu-satunya daerah di negeri ini yang bebas daripada zon merah dan jingga setakat hari ini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...