Melaka jamin tiada kenaikan kadar hotel pada TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH Disember – Kerajaan Negeri memberi jaminan tiada kenaikan kadar harga bilik sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, penganjuran cabutan bertuah Bercuti dan Menang yang menawarkan pelbagai jenis kenderaan dijangka akan menyumbang kepada peningkatan kemasukan pelancong yang menginap di Melaka.

Katanya, Kerajaan Negeri telah menetapkan beberapa syarat kepada pengusaha hotel yang menyertai penganjuran itu agar pelancong berasa puas dengan perkhidmatan hospitaliti yang disediakan.

“Kita ada syarat-syarat yang tertentu untuk pemilik hotel ini bersama-sama Kerajaan Negeri dalam penganjuran cabutan bertuah itu.

“Kita akan memantau dan memerhatikan bahawa tidaka kenaikan harga bilik TMM2024 dan akan ada unit yang mengawal selia hotel-hotel ini pada tahun hadapan.

“Program yang dianjurkan ini akan membawa pulangan kepada hotel yang mana kita membantu mereka untuk mendapatkan peningkatan kadar penginap berbanding sedia ada,” katanya.

Img 4304
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berucap pada sidang media sempena Program Kerjasama Menjayakan Kempen Cabutan Bertuah & Kupon Diskaun Sempena TMM2024 bersama Penggiat Industri Pelancongan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kempen Cabutan Bertuah dan Kupon Diskaun Sempena TMM2024 dan Pelancaran Pelan Induk Pelancongan Melaka 20235 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Penangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

688
Kongsi :
Previous post TMM2024 cerminan Melaka destinasi percutian pilihan
Next post Karnival makanan bantu promosi TMM2024
Ubah saiz-+=