Melaka jadikan dewan serbaguna sebagai PPV
BANDARAYA MELAKA 24 Feb. – Melaka akan menjadikan dewan serbaguna di setiap daerah sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan dijalankan secara berperingkat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, dewan berkenaan hanya akan dijadikan PPV bagi suntikan vaksin fasa 2 dan 3 yang melibatkan 250,000 dan 400,000 penerima, dijadualkan pada Mei hingga Februari 2022.
“Antara dewan yang akan dijadikan PPV di negeri ini ialah Dewan Tun Ali, Dewan Masjid As-Syakirin Pengkalan Batu dan Dewan MPHTJ Bukit Beruang di daerah Melaka Tengah.
“Manakala bagi daerah Alor Gajah dan Jasin pula, antara lokasi yang terpilih ialah seperti Dewan Japerun Machap, Dewan UiTM, Dewan MPJ Alamanda, Dewan Haji Ahmad Ithnin Merlimau dan banyak lagi,” katanya.
Bagaimanapun, ujarnya, bagi fasa 1 semua suntikan akan dijalankan di hospital-hospital utama dan klinik kesihatan bagi petugas barisan hadapan, manakala Seri Negeri pula akan dijadikan PPV bagi semua Exco, wakil rakyat dan pegawai kerajaan.
Untuk rekod, Melaka menerima sejumlah 660,000 dos vaksin Pfitzer-BioNTech yang akan diagihkan dalam tiga fasa iaitu bermula Mac hingga Februari 2022.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PENJAWAT AWAM MELAKA HAYATI AMANAT PM
SERI NEGERI 3 Januari - Lebih 300 penjawat awam Kerajaan Negeri menyaksikan siaran langsung Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama...
BAJET MELAKA 2025, INISIATIF MEMENUHI KEPERLUAN RAKYAT
SERI NEGERI 3 Januari - Pelaksanaan pelbagai inisiatif menerusi Bajet Melaka 2025 membuktikan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memenuhi keperluan rakyat....
TINGKAT PEMBANGUNAN USAHAWAN MENERUSI BAJET 2025
SERI NEGERI 3 Januari - Pembangunan usahawan di Melaka terus diperkasa apabila peruntukan berjumlah RM600,000 disalurkan menerusi portfolio pembangunan usahawan,...
BANJIR TERMENUNG: RIBUAN ANAK IKAN MUNCUL, PENDUDUK PASIR MAS RAIH PENDAPATAN SAMPINGAN
PASIR MAS 2 Januari - Banjir yang belum surut di beberapa kampung di sini membawa rezeki kepada penduduk apabila ribuan...
BERMALAM DI HANG TUAH CENTRE, PROGRAM BUKA TIRAI 2025
DUYONG 2 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membuka tirai 2025 dengan melaksanakan Program Bermalam di Muzium bermula di Hang...
TINDAKAN TATATERTIB, 147 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS DIBUANG KERJA
AYER KEROH 2 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah berkompromi berhubung aspek integriti pegawai dan anggotanya dalam usaha...