Sorting by

×

Melaka jadi tumpuan pencinta buku

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 September – Pesta Buku Melaka 2022 merupakan hasrat kerajaan dalam Dekad Membaca Kebangsaan yang menyasarkan Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030.

Pesta Buku Melaka 2022 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan kerjasama syarikat Rabak-Lit akan berlangsung bermula hari ini (27 September) hingga 2 Oktober.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata pesta buku yang berlangsung tujuh hari itu juga menjadi medan pertemuan pencinta buku dengan pemain industri buku.

“Kita sasarkan 20,000 pengunjung dalam tempoh seminggu akan datang ke Pesta Buku Melaka di The Shore ini di mana jika sebelum ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mendapat sambutan yang menggalakkan, jadi kita laksana di peringkat Negeri Melaka pula.

“Difahamkan, pihak Perpustam telah merencana untuk laksana pesta buku ini sejak 2019, namun tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, saya harap agar Pesta Buku Melaka 2022 bakal mendapat sambutan baik dalam kalangan masyarakat negeri ini.

“Kerajaan negeri akan terus menyokong Perpustam bagi penganjuran Pesta Buku Melaka pada masa akan datang bagi memperkukuh budaya membaca bagi melahirkan masyarakat yang berilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pesta Buku Melaka 2022 di sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) Rosli Abdullah; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Khaidirah Abu Zahar dan Pengarah Perpustam Mohamed Aizammuddy Mohamed Idris.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata sebanyak 32 penerbit buku membuka gerai pameran dan pelbagai genre dan jenis buku dijual untuk semua lingkungan usia.

Katanya, penganjuran pesta buku yang bermula pada tahun 1976 itu dilihat masih relevan sehingga kini dalam kalangan masyarakat.

“Walaupun pelbagai revolusi penulisan dan pengeluaran buku mendapat ancaman dari bahan bacaan digital dan sumber internet, namun saya percaya, buku fizikal ini masih mendapat permintaan tinggi dan kekal relevan buat pencinta buku,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2302
Kongsi :
Previous post Melaka sasar 30,000 unit kediaman pintar menjelang 2023
Next post Solat jenazah ghaib ke atas Sheikh Yusuf al-Qaradawi di tiga masjid malam ini
Ubah saiz-+=