Melaka jadi Pusat Kecemerlangan TVET – KM

Masa Membaca:56 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Kerajaan Negeri mahu menjadikan Melaka sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) (TVET Centre of Excellence) yang terunggul dalam negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, ia bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir di negeri ini sekali gus menguasai teknologi di Malaysia.

Jelas beliau, usaha itu dapat dicapai menerusi Majlis Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri.

“Majlis TVET ini bagi membincangkan dasar dan polisi berkaitan tahap keberkesanan pendidikan itu di peringkat sekolah mahupun Institusi Pengajian Tinggi.

“Ia merupakan salah satu fokus Kerajaan Negeri dalam membangunkan Melaka sebagai pusat kecemerlangan TVET,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ucapan Taat Setia Ketua Menteri Melaka pada Sesi Pertama Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ab Rauf memaklumkan, sehingga kini, terdapat sebanyak 23 Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) TVET yang terlibat secara aktif di Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1430
Kongsi :
Previous post Melaka laksana 180 inisiatif, 62 peratus telah dicapai – KM
Next post ‘Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat’ lambang kehebatan Melaka
Ubah saiz-+=