Melaka jadi negeri pertama jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat – Khairy

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

BANDA HILIR 5 Jun – Melaka menjadi negeri pertama dalam siri jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), sebelum digerakkan ke negeri lain di negara ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pemilihan Melaka diambil kira selepas negeri ini merekodkan kadar vaksinasi tertinggi dalam negara.

Beliau berkata, komitmen tinggi yang ditunjukkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama EXCO Kesihatan Dr Muhamad Akmal Saleh dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Dr Rusdi Abd Rahman harus diberi pujian dalam memastikan penduduk di Melaka menerima suntikan vaksin.

“Melaka menjadi penanda aras yang tinggi dan menunjukkan teladan yang terbaik kepada negeri lain untuk menjadi negeri sihat dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jelajah ANMS Peringkat Negeri Melaka dan Sambutan Hari Denggi ASEAN di Dataran Pahlawan di sini.

Dalam pada itu, Khairy turut memaklumkan kerajaan akan memulakan insiatif terbaharu dengan mengadakan Saringan Kesihatan Kebangsaan pada bulan hadapan.

“Kita sasarkan seramai 1.5 juta rakyat dari usia 40 tahun keatas yang tidak pernah menjalani saringan kesihatan untuk tampil ini kerana ia diberikan secara percuma,” katanya.

Terdahulu agenda ini dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 11 November lalu.

Ia bertujuan menjadikan Keluarga Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1389
Kongsi :
Previous post Melaka sasar jadi negeri mesra sukan
Next post Melaka sahut Agenda Nasional Malaysia Sihat – KM
Ubah saiz-+=