Melaka International Swim, Bike & Run 2024 makin meriah

Masa Membaca:58 Saat

KLEBANG 25 Ogos – Penganjuran Melaka International Swim, Bike & Run 2024 terus mendapat sambutan dan peningkatan dalam jumlah penyertaan.

Pengurus  Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Sa’ari Basiron berkata, edisi Kelima dianjurkan Team M3X by Tri-a Amateur Triathlon dengan kerjasama Tourism Melaka menampilkan sukan triathlon dan aquatthlon terbesar di Melaka.

Katanya, program itu menerima lebih 1,000 penyertaan membabitkan atlet sukan lasak tempatan dan 35 negara luar sekitar Asean, Belanda dan America Syarikat.

“Acara ini adalah antara yang diatur bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat  Melaka 2024 (TMM2024) dan dianggap penting bagi mencapai sasaran 15 ke 18 juta pelancong ke negeri ini.

“Kali ini kita melakukan beberapa penambahbaikan susulan daripada maklum balas diberikan peserta pada edisi lalu. Antara yang dilaksanakan adalah meningkatkan fasiliti untuk keselesaan peserta dan pengunjung.

“Pada edisi akan datang kita mungkin memperkenalkan kategori baharu termasuk untuk warga emas kerana ramai dalam kalangan peserta adalah mereka yang sudah berusia,” katanya yang ditemui selepas melepaskan peserta Pertandingan di Encore Melaka, di sini, hari ini.

Sa’ari berkata, penganjuran pertandingan sukan bertaraf antarabangsa itu mampu menjadikan Melaka sebagai salah satu hab bagi subsektor pelancongan sukan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

175
Kongsi :
Previous post Infrastruktur, prasarana kawasan pelancongan perlu lengkap
Next post Remy Ishak kini bergelar Datuk
Ubah saiz-+=