Melaka intai potensi dalam sukan akuatik

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 12 Jun – Sukan akuatik dilihat menjadi antara sukan yang berpotensi menghadiahkan kilauan pingat buat Negeri Melaka pada masa akan datang.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, potensi itu dilihat menerusi pencapaian semasa atlet dalam sukan berkenaan.

Menurut beliau, selain akuatik, dua lagi sukan yang menjadi fokus utama di Melaka dalam mana-mana kejohanan ialah wushu dan badminton.

“Sudah semestinya di Melaka sukan yang paling berpotensi ialah wushu dan badminton memandangkan atlet dua sukan ini banyak menghadiahkan pingat buat negeri.

“Tetapi, kita juga melihat tahun hadapan, sukan akuatik memiliki potensi besar untuk Melaka.

“Apapun, apa jua jenis sukan sama ada sukan asas atau sampingan, kita akan memberi perhatian sewajarnya dan menghantar atlet untuk menyertai kejohanan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Sukan SEA Ke-32 Kemboja 2023 Insentif Atlet Para SUKMA Ke-20 MSN 2022, Insentif Jurulatih SUKMA Ke-20 MSN 2022 dan Insentif Atlet Deaflympics 2022, Brazil di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mewakili Ketua Menteri; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh; Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka Khairul Adri Rosli.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1539
Kongsi :
Previous post Pemilik premis dinasihat jaga kebersihan
Next post Kelahiran semula ‘The Speedy Jantan’
Ubah saiz-+=