Sorting by

×

Melaka intai peluang pelaburan baharu di Guangxi, Guangdong

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

CHINA 6 Disember – Kerajan Negeri mengintai peluang pelaburan baharu pelbagai sektor termasuk pelancongan menerusi kunjungan delegasi Melaka ke Wilayah Autonomi Guangxi dan Wilayah Guangdong, di selatan China selama lima hari bermula semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kunjungan sempena Misi Pelaburan dan Promosi Pelancongan Kerajaan Negeri Melaka itu adalah usaha untuk menarik pelaburan selain memperkasa sektor pelancongan yang menjadi misi utama delegasi Melaka ke wilayah itu.

Katanya, kunjungan itu juga adalah susulan lawatan kerja diadakan Tuan Yang Terutama Wilayah Autonomi Guangxi, Miao Qing Wang ke Melaka pada 19 Oktober lalu.

“Kerajaan Negeri Melaka optimis untuk menyasarkan lebih banyak peluang pelaburan baharu dari kumpulan pelabur dari wilayah itu serta mahu memperkenalkan Negeri Melaka sebagai hab dalam bidang kenderaan elektrik dan industri automotif cekap tenaga.

“Pada masa yang sama, saya juga mahu meneruskan kerjasama lebih erat dalam bidang pelancongan, seterusnya mempergiatkan kempen promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kepada pelancong dari Republik China,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Delegasi Melaka turut disertai Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman serta Penasihat Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China kepada Ketua Menteri, Datuk Lim Ban Hong.

Ab Rauf berkata, Kerajaan Negeri berbesar hati selepas kedatangan delegasi itu telah disambut baik kenamaan wilayah itu di sejurus selamat tiba di Stesen Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di Nanning, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1174
Kongsi :
Previous post Kampung Digital: Alamat rumah lebih sistematik
Next post Makcik Kemboja, anak lelakinya dituduh esok
Ubah saiz-+=