Sorting by

×

Melaka Industrial Night: Hargai peranan pelabur

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

BANDA HILIR 29 Februari – Penganjuran Melaka Industrial Night menjadi wadah dan membuka peluang kepada pemain industri untuk mewujudkan dan melebarkan lagi jaringan selain meneroka peluang perniagaan baharu di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pada masa yang sama majlis dianjurkan itu bertujuan untuk menghargai pemain industri yang sudah lama bertapak di Negeri Melaka.

“Kita menganjurkan Melaka Industrial Night untuk menghargai semua pemain industri termasuk yang sudah lebih 50 tahun bertapak di negeri ini.

“Diraikan dalam satu majlis juga secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim antara pemain industri dan pembuat dasar negeri,” kata Ketua Menteri ketika berucap merasmikan Melaka Industrial Night di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Hadir sama, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin serta Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman.

Turut hadir, Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Melaka (MCorp), Datuk Khaidhirah Abu Zahar serta Ketua Pegawai Eksekutif MCorp, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar serta kenamaan lain.

Pada majlis tersebut Ab Rauf turut menyampaikan Anugerah Penghargaan Jawatankuasa Industri Negeri Melaka kepada 19 buah syarikat, termasuk Anugerah Penghargaan Pelaburan Lima Bintang kepada tiga syarikat yang berjaya mencatat nilai pelaburan tertinggi bagi 2023.

Syarikat tersebut adalah Malaysian Refining Company Sdn Bhd, Infineon Technologies (Malaysia) Sdn Bhd dan Sunpower Malaysia Manufacturing Sdn Bhd.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

773
Kongsi :
Previous post Melaka sambut baik usaha tubuh IMFC
Next post Tiga kawasan perindustrian berteknologi tinggi Melaka bakal jadi kenyataan
Ubah saiz-+=