MELAKA IKRAR PERANGI JENAYAH SIBER

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 10 September – Ahli Jawatankuasa Taskforce Negeri Melaka mempergiatkan usaha membanteras jenayah siber melibatkan pelbagai kes penipuan dalam talian dan perjudian.

Usaha itu dilaksanakan menerusi lawatan ke CyberSecurity Malaysia Cyberjaya, Selangor semalam (Isnin) bagi mempelajari teknologi terkini dan pendekatan digunakan dalam menangani jenayah itu dalam era digital.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, lawatan itu memberi peluang kepada ahli jawatankuasa terlibat mendapatkan pendedahan mengenai isu-isu keselamatan siber yang semakin mencabar.

“Kami berpeluang melihat sendiri teknologi terkini dan pendekatan yang digunakan CyberSecurity Malaysia dalam usaha membanteras jenayah siber.

“Untuk lawatan ini saya mengetuai delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Melaka bersama Jawatankuasa Taskforce Judi Dalam Talian, ‘internet fraud’ dan jenayah siber Negeri Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Pada lawatan itu, delegasi Kerajaan Negeri disambut Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Datuk Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab dan barisan ahli-ahli jawatankuasa CyberSecurity.

Hadir sama dalam lawatan itu adalah Ketua ICT Negeri Melaka, Fauzi Elham@Alhim; Pengarah MCMC Melaka, Syekh Isa Syekh Alssagoff; Pengarah Penyiaran Negeri Melaka, Siti Norbaini Khairi dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Melaka, Ab Rasil Hajatil.

​Pada lawatan itu, Fairul Nizam berkesempatan mencuba Teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) yang digunakan di CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

80
Kongsi :
Previous post PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA 2024: TIGA HARI, PADAT PELBAGAI ACARA
Next post STESEN PERTOLONGAN CEMAS BANDA HILIR DIIKTIRAF
Ubah saiz-+=