Sorting by

×

Melaka hormati titah Agong

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BUKIT BARU 24 November – “Tidak ada satu pun parti boleh membentuk kerajaan tapi mereka (Pakatan Harapan) ini mempunyai kerusi yang lebih, maka mereka inilah yang sepatutnya membentuk kerajaan,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman berkata demikian ketika mengulas mengenai pelantikan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, pagi tadi.

Katanya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, rakyat peringkat nasional dan negeri juga sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih.

“Nasib negara kita masih mulia, raja-raja telah bermesyuarat. Yang di-Pertuan Agong telah memberi pandangan sebaik mungkin. Saya baru tahu beliau (Anwar) dilantik sebagai PM ke-10, jadi tahniah saya ucapkan.

“Kita masih ada lagi dalam Rukun Negara Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022 di Rumah Kasih Tun Abdul Aziz Durian Daun, di sini hari ini.

Hadir sama Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka, Burhanuddin Bachik.

Menurutnya, pelbagai bentuk kempen dilaksanakan setiap parti yang bertanding pada PRU15 dan akhirnya tidak ada parti politik mampu menubuhkan kerajaan secara individu.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata Barisan Nasional (BN) juga telah menerima kekalahan pada PRU15.

“Hari ini mereka menang, BN atau kita sendiri menerima kekalahan, kita tahu orang tidak suka. Kita ditolak oleh rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1962
Kongsi :
Previous post Bekas murid SK Bandar Hilir 2  berkumpul di majlis ‘reunion’ 
Next post Angkat sumpah PM: Penyokong parti dinasihat patuhi undang-undang, tidak cetus provokasi
Ubah saiz-+=