Melaka hidupkan tradisi ‘Makan Malam Tok Panjang’

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDA HILIR 29 Julai – Makan Malam ‘Tok Panjang’ merupakan salah satu identiti masyarakat Baba dan Nyonya Melaka yang masih diteruskan hingga ke hari ini.

Menariknya, makan malam istimewa itu akan menampilkan tema serba merah kerana ia melambangkan kepercayaan masyarakat itu kepada simbolik kemasyhuran dalam kehidupan.

Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Datuk Ronald Gan Yong Hoe berkata, kebiasaannya majlis itu akan diadakan secara besar-besaran setiap kali perayaan Tahun Baru Cina, selain pada majlis keraian tertentu.

Katanya, warna merah adalah simbolik untuk membawa ‘ong’ bagi kaum Cina dan tema itu perlu dipatuhi sepanjang majlis tersebut, selain melarang sebarang tema berwarna hitam dan biru tua.

“Makan Malam ‘Tok Panjang’ ini bermaksud untuk meraikan hari-hari kebesaran seperti hari lahir, perkahwinan dan sebagainya.

“Kesemuanya mesti bertemakan merah termasuklah set makanan seperti meja dan kerusi,malah lauk-pauk juga mesti ada unsur warna merah.

“Antara juadah yang sering dihidangkan ialan seperti gerang asam (asam pedas Nyonya), udang masak lemak nanas, sambal petai ikan bilis, telur dadar, cencaluk dan rendang yang mempunyai elemen penggunaan cili berwarna merah.

“Begitu juga kuih-muih yang dihidangkan seperti kuih angku dan kuih genggang juga berwarna merah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Festival Merakyatkan Seni Dan Budaya @ Jonker Walk di Tokong Cheng Hoon Teng, Jalan Harmoni, di sini, malam tadi.

IMG_20230729_040119_439
Presiden Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia, Datuk Ronald Gan Yong Hoe. Foto: MR. AZLI

Menurut beliau, larangan menggunakan tema hitam dan biru tua menjadi pegangan masyarakat itu kerana ia bersifat ‘Toha Ha’ iaitu bermaksud kematian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1582
Kongsi :
Previous post JKKN perluas program semarak seni budaya
Next post Anjur kursus untuk pengasuh tidak berdaftar
Ubah saiz-+=