Melaka Hari Ini, Bernama jalin kerjasama
SERI NEGERI 28 Dis – Melaka Hari Ini dan Bernama hari ini bersetuju menjalin kerjasama dalam bidang kewartawanan dan penyiaran.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata beliau menyambut baik langkah kedua-dua syarikat tersebut untuk bekerjasama bagi meluaskan liputan berita untuk negeri Melaka.
Sulaiman berkata demikian selepas menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di antara Melaka Hari Ini Sdn Bhd dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Pejabat Ketua Menteri Melaka, di sini hari ini.
MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Mokhtar Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Hari Ini, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid.
Turut hadir Pengerusi Bernama Senator Ras Adiba Radzi dan pegawai tertinggi Bernama serta Ketua Pegawai Operasi MHI, Anuar Shaari.
MoU tersebut meliputi kerjasama dalam pertukaran berita, latihan kewartawanan serta rakan perkongsian strategik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.