
MELAKA HAMPIRI SASARAN KUTIPAN ZAKAT 2024
BUKIT BARU 2 Oktober – Zakat Melaka merekodkan nilai kutipan zakat sebanyak RM100 juta setakat 1 Oktober, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Datuk Mohamad Azmi Sabtu.
Menurutnya, jumlah itu sekali gus menghampiri sasaran sebanyak RM135 juta nilai kutipan pada tahun ini.
“Hujung tahun ini, saya jangka boleh capai sasaran ini dan diharap semua pembayar zakat supaya melunaskan tanggungjawab untuk membayar zakat supaya dapat kita agihkan kepada asnaf-asnaf di negeri ini.
“Datang kaunter zakat kami jelaskan atau jalankan amanah sebagai pembayar zakat dengan segera, kami berjanji akan agihkan semua zakat-zakat itu kepada asnaf yang layak.
“Tahun lepas kita dapat mengutip sejumlah RM128 juta, tetapi tahun ini kita jangkakan akan ada peningkatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, Mohamad Azmi berharap lebih banyak syarikat korporat dan individu perseorangan yang sudi membayar zakat pada tahun ini.
“Kita ada tiga bulan sahaja untuk genap tahun 2024 ini, saya harap semua datang membayar zakat dan tunaikan Rukun Islam dengan kadar segera.
“Ada pelbagai cara potongan zakat seperti bayaran secara dalam talian dan sebagainya, jadi bantu lah dengan menyegerakan bayaran untuk bantu asnaf yang layak,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...