Melaka Halal Hub tawar pelbagai kelebihan kepada usahawan

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 10 Ogos – Sebanyak 130 kilang membabitkan 92 syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan sederhana (PMKS) direkodkan beroperasi di Melaka Halal Hub, Serkam.

Pengurus Besarnya, Azmi A Rahman berkata, perusahaan di Melaka Halal Hub membabitkan produk makanan dan minuman, perkhidmatan, kesihatan dan pergudangan.

Menurutnya, Melaka Halal Hub ditubuhkan sejak 2006 sebagai pusat penyediaan, infrastruktur, kursus dan latihan serta bimbingan kepada usahawan telah menerima jumlah Pelaburan Antarabangsa (FDI) sebanyak RM40 juta, sementara itu Pelaburan Domestik (DDI) pula sebanyak RM122 juta.

“Lokasi Melaka Halal Hub menyediakan sebanyak 14 unit tapak sewaan bagi unit di Fasa 1(A), manakala 44 unit bagi Fasa 1 (B) dan 89 unit di Fasa 2.

“Syarikat mengeluarkan produk makanan dan minuman paling banyak beroperasi di Melaka Halal Hub dengan 73 operator, diikuti kesihatan (10) pergudangan (7) dan dua lagi dalam sektor peruncitan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Perbadanan Melaka (MCORP) Bagi Bulan Julai 2024 di Lobi Menara MITC, baru-baru ini.

Program itu telah dirasmikan, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar.

Mengulas lanjut, Azmi berkata pihaknya komited untuk menjadikan Melaka Halal Hub sebagai pusat bagi usahawan industri halal, sesuai dengan hasrat untuk menjadikan lokasi berkenaan sebagai ‘Halal Valley’.

Jelas beliau ruang ‘production’ yang luas, struktur bangunan komprehensif dan mematuhi persijilan Good Manufacturing Practise (GMP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta diiktirafan oleh Halal Malaysia (HALMAS) antara kelebihan bagi usahawan beroperasi di Melaka Halal Hub.

“Malah, bangunan kilang di kawasan ini ertempat di bangunan ‘Anchor’ yang berpotensi dikunjungi pelawat dari dalam dan luar negara dengan keselamatan yang optimum dan penyediaan ruangan bilik sejuk ‘cold room’ yang tersedia untuk beroperasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

90
Kongsi :
Previous post ‘YB’ Melaka meriahkan sukan rakyat Festival D’Bendang
Next post D’Bendang Melaka platform usahawan desa menyerlah
Ubah saiz-+=