Sorting by

×

MELAKA FOKUS LIMA INISIATIF PERKASA GOLONGAN PENIAGA

Masa Membaca:57 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Peniaga tidak terkecuali daripada menerima tempias daripada pembentangan Bajet Melaka 2025 apabila Kerajaan Negeri memfokuskan lima inisiatif untuk memperkasa golongan tersebut.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata lima inisiatif terbabit melibatkan Projek Membina Pasar Besar Melaka Sentral dengan kos RM15 juta dan membina baharu Pasar Jasin dengan kos RM8.4 juta.

Katanya, inisiatif kedua melibatkan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf Pusat Penjaja seperti Medan Ikan Bakar Alai, gerai sekitar Alor Gajah dan Pasar Masjid Tanah.

“Inisiatif ketiga adalah penyusunan semula kawasan peniaga di Pantai Klebang di bawah jenama Klebang Walk.

“Keempat adalah inisiatif MyKiosk yang memberi manfaat kepada 115 peniaga berdaftar dan inisiatif kelima membabitkan empat unit pavilion di hadapan Jam Besar Stadthuys, Banda Hilir yang telah mula beroperasi sejak 1 Mac 2024.

“Manakala 17 unit pavilion lagi akan mula beroperasi pada Januari 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Ucapan Bajet 2025 bertemakan Memangkin Pembangunan Terancang, Membina Masa Depan Gemilang pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

202
Kongsi :
Previous post MELAKA SEDIA TABUNG BANTUAN DIALISIS
Next post PROGRAM PELANCONGAN LEBIH ‘RANCAK’ SEPANJANG 2025