Sorting by

×

Melaka Fasa 3: Majlis sosial, kelab malam masih tidak dibenarkan – MKN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 1 Okt – Melaka masih tidak membenarkan sebarang majlis sosial termasuk kenduri, doa selamat, ‘reunion’, perayaan dan semua aktiviti yang menyukarkan penjarakan fizikal biarpun telah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka dalam kenyataannya memaklumkan, aktiviti lain yang tidak dibenarkan di bawah SOP Fasa 3 PPN di semua negeri terlibat termasuklah hiburan di kelab malam atau pub.

“Senarai aktiviti sosial yang tidak dibenarkan termasuklah kenduri-kendara, majlis sambutan perayaan, majlis meraikan pernikahan atau pertunangan, majlis perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion dan retreat.

“Turut tidak dibenarkan aktiviti sukan dan rekreasi yang melebihi kapasiti ditetapkan dan penganjuran kejohanan, pertandingan atau acara sukan dan rekreasi tanpa mendapat kebenaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS),” kata kenyataan itu.

Tambahnya, semua aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan adalah tidak dibenarkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Rabu lalu mengumumkan Melaka dan Lembah Klang (Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor) akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 1 Oktober hari ini.

Keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Rabu lalu.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

726
Kongsi :
Previous post MRC destinasi utama pilihan pelancong domestik di Melaka tahun lalu
Next post Lokman Adam tidak mengaku sebar berita palsu vaksin, virus COVID-19
Ubah saiz-+=