
Melaka dijangka sesak hingga Ahad
AYER KEROH 5 Nov – Pintu masuk utama Plaza Tol Ayer Keroh ke negeri ini mulai sesak sejak tengah hari tadi dengan kenderaan keluar masuk susulan kebenaran rentas negeri sejak 11 Oktober lalu.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati jalan menunju ke bandar Melaka sesak dengan pelbagai jenis kenderaan pengunjung yang masih bercuti di negeri ini.
Difahamkan orang ramai mula membanjiri negeri ini sejak cuti umum sempena perayaan Deepavali pada 4 Nov (semalam) selain terus menyambung percutian hingga hujung minggu ini.
Malah, kawasan di sekitar Melaka Raya turut sesak pada waktu puncak hari ini apabila kenderaan dari pelbagai kawasan mula memasuki Bandar Melaka untuk mendapatkan barang keperluan.

Kehadiran pengunjung dari serata negeri ini sudah pasti memberi pulangan lumayan buat peniaga di negeri ini khususnya peniaga-peniaga kecil yang terkesan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MMC LANCAR ‘HEALTH & LEISURE CARD’ PERTAMA DI MALAYSIA
BANDAR HILIR 21 April - Bagi menarik lebih ramai pesakit domestik dan antarabangsa Mahkota Medical Centre (MMC) mengambil inisiatif melancarkan...
KEMPEN INTERNET SELAMAT DI SEKOLAH DIJANGKA BERMULA MEI INI
REMBIA 21 April - Jelajah Kempen Internet Selamat anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Melaka bakal menjadi antara...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SUNGAI RAMBAI, KEMBALIKAN NOSTALGIA BERAYA DI KAMPUNG
SUNGAI RAMBAI 21 April - Pemilihan rumah tradisional Melayu lama sebagai tapak penganjuran, menghidupkan kembali nostalgia menyambut hari raya di...
RV PARK TETC LENGKAP DENGAN KEMUDAHAN, ANTARA YANG TERBAIK DALAM NEGARA
RIM 21 April - Pelbagai kemudahan asas yang lengkap menjadikan Taman Kenderaan Rekreasi (RV Park) di Taman Extreme Tasik Chinchin...
LEBIH 5,000 PENGUNJUNG MERIAHKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN REMBIA
REMBIA 20 April - Lebih 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia di Kompleks Japerun...
SISTEM KEMASUKAN KE MRSM, SBP AKAN DISELARAS MULAI JANUARI TAHUN DEPAN – TPM AHMAD ZAHID
LENGGONG 20 April - Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai...