Sorting by

×

Melaka dijangka selesaikan vaksinasi pada November

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 29 Jun – Melaka diyakini mampu menjadi antara negeri terawal mencapai imuniti kelompok apabila proses vaksinasi rakyat berumur 18 tahun ke atas mampu diselesaikan selewat-lewatnya pada November.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, sasaran itu mampu dicapai apabila Melaka kini berupaya menampung 13,000 suntikan sehari bermula Julai ini.

Jumlah itu, jelasnya, jauh lebih tinggi berbanding purata pemberian vaksin pada masa sekarang, iaitu sekitar 7,000 dos vaksin sehari.

“Saya jangka untuk Melaka, Insya-Allah kita akan selesaikan vaksinasi paling lewat bulan November memandangkan ia antara harapan Ketua Menteri Melaka sendiri yang sangat prihatin kepada pembukaan semula sektor ekonomi Melaka.

“Ia berikutan Melaka adalah negeri pelancongan, negeri yang banyak bergantung kepada sektor pelancongan, peruncitan dan sebagainya.

“Jadi, saya telah memberi jaminan akan usahakannya supaya dapat membantu Melaka mempercepatkan proses vaksinasi, selain berusaha meningkatkan kapasiti vaksin,” katanya dalam sidang media di Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, untuk Julai sahaja, Melaka bakal menerima sejumlah 368,000 dos vaksin bagi keperluan PICK di Melaka yang mana jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding peruntukan awal yang diterima iaitu anggaran 200,000 dos sahaja sebelum ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

368
Kongsi :
Previous post PPV Encore Melaka bakal tampung 1,000 dos suntikan setiap hari
Next post Vaksin: Pemain industri pelancongan perlu bersabar
Ubah saiz-+=