Sorting by

×

Melaka dijangka kembali ke status PKPB

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 3 Mei – Melaka dijangka kembali ke status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan situasi semasa yang merekodkan kenaikan kes berkaitan COVID-19 sejak dua minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan tersebut (kembali kepada PKPB), namun semua bergantung kepada penilaian Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Rahmad berkata, kes di Melaka dijangka terus meningkat sehingga Hari Raya Aidilfitri ini berikutan masih banyak lagi saringan membabitkan kontak rapat, kontak kerja dan kontak sosial sedang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka ketika ini.

“Memang banyak kluster baharu telah direkodkan sejak dua minggu lalu yang mana kebanyakannya berpunca daripada aktiviti rentas negeri sama ada bagi tujuan kerja atau urusan-urusan lain yang dibenarkan.

“Bila kurangnya pematuhan SOP, mereka telah dijangkiti dan membawa balik ke Melaka sebelum menjangkiti keluarga, rakan kerja, komuniti dan sebagainya.

“Oleh sebab itu, kesemua daerah di Melaka kini telah kembali ke zon merah dan saya secara jujurnya merasakan ada kemungkinan kita akan kembali ke PKPB disebabkan kenaikan kes, namun semuanya bergantung kepada MKN,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai status Hospital Melaka, Rahmad memaklumkan, jumlah katil untuk menempatkan pesakit COVID-19 di negeri ini masih mencukupi yang mana setakat dua hari lalu, hanya 56.8 peratus jumlah katil dipenuhi berbanding 117 yang disediakan.

Katanya, jika berlaku peningkatan, Hospital Melaka berupaya meningkatkan kapasiti katil sehingga 300 katil pada satu-satu masa.

“Alhamdulilkah semuanya masih mencukupi kerana Hospital Melaka hanya menempatkan pesakit dalam kategori tahap 3, 4 dan 5, manakala pesakit tahap 1 dan 2 akan dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS),” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

540
Kongsi :
Previous post Pemuda lumpuh cekal bantu ibu
Next post Rahsia kuih bakar sabak ‘rel kereta api’
Ubah saiz-+=