
Melaka Digital Berhad perlukan kajian terperinci
SERI NEGERI 6 Mac – Cadangan untuk mewujudkan Melaka Digital Berhad memerlukan kajian terperinci, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Menurut Ketua Menteri, cadangan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar itu merupakan sesuatu yang baik untuk memperkasa digitalisasi.
Namun, ujar beliau, ketika ini, Melaka sudah mempunyai sebuah entiti berkaitan digitalisasi iaitu Melaka ICT Holdings Sdn Bhd (MICTH).
“Saya bersetuju jika Negeri Melaka mewujudkan pusat sehenti digital, tetapi untuk menuju ke Melaka Digital Berhad mungkin kita terlalu kecil jika diukur dari sudut infrastruktur dan sebagainya.
“Untuk ke arah itu (Melaka Digital Berhad) kita perlu ada pusat data yang besar dan bagi saya kita belum sampai ke peringkat itu.
“Apapun, kita perlukan kajian dan persiapan rapi dan pada masa sama sokongan semua agensi juga amat diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA LONJAK POTENSI PELAJAR PENDIDIKAN KHAS
BANDARAYA MELAKA 23 April - Lebih 5,500 murid dan pelajar Sekolah Pendidikan Khas Negeri Melaka menyertai Karnival Bakat dan Kebolehpasaran...
‘RAYA DULU-DULU’ TEMA RUMAH TERBUKA AGENSI AGAMA ISLAM MELAKA
PENGKALAN BATU 23 April - Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Agensi Agama Islam Negeri Melaka Tahun 1446H/2025 yang akan...
136 TASKA DI MELAKA DIPASANG PLAK TASKA BERDAFTAR
MELAKA, 23 April - Sebanyak 136 taman asuhan kanak-kanak (taska) di Melaka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat...
PERZIM PROMOSI MAKANAN TRADISIONAL MELAKA KEPADA PELANCONG ASING
BANDA HILIR 23 April - Suasana meriah sambutan Aidilfitri terus dirasai apabila Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan rumah terbuka Aidilfitri...
ANUGERAH MELAKA MEMBACA DILANCARKAN
PENGKALAN BATU 23 April - Anugerah Melaka Membaca yang diperkenalkan Kerajaan Negeri adalah penghargaan kepada mereka yang menjadikan pembacaan sebagai...
LOJI AIR JUS MULA DIBINA MEI 2025
ASAHAN 23 April - Masalah tekanan air rendah yang membelenggu masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal berakhir apabila...