Sorting by

×

MELAKA DESTINASI PILIHAN PELABUR

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 25 April – Kejayaan menarik pelaburan berkualiti, berimpak tinggi selari dengan kelestarian alam sekitar dan berupaya membuka banyak peluang pekerjaan adalah petunjuk bahawa Melaka semakin mendapat kepercayaan pelabur asing.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr.Mohd Ali Mohd Rustam berkata usaha berterusan perlu dilaksanakan untuk menarik lebih banyak pelabur ke negeri ini.

Katanya, kejayaan menarik pelaburan memberangsangkan menjadikan Melaka sebagai negeri berpotensi dan mendapat kepercayaan sebagai destinasi pelaburan strategik.

“Melaka telah mencatatkan jumlah pelaburan yang sangat memberangsangkan iaitu sebanyak RM8.18 bilion pada tahun 2024.

“Kejayaan ini menjadikan Melaka sebagai destinasi pelaburan strategik yang menawarkan potensi besar, infrastruktur yang baik dan sokongan yang mesra perniagaan serta pelabur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Tun Seri Setia Dr.Mohd Ali dalam ucapannya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan Kerajaan Negeri serta jabatan dan agensi berkaitan atas kejayaan cemerlang dalam menarik kemasukan pelabur ke Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

179
Kongsi :
Previous post PASTIKAN SISTEM JALAN RAYA, ALIRAN TRAFIK DI MELAKA DALAM KEADAAN TERBAIK – TYT
Next post MELAKA BERSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI SUSULAN TARIF BAHARU AS