MELAKA DESTINASI PELANCONGAN SELAMAT – KM

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

JASIN 9 September – Kawasan pelancongan sekitar Bandaraya Melaka merekodkan sifar jenayah sepanjang siri Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024), kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, rekod cemerlang itu sekali gus memberi jaminan kepada kepada pengunjung dan pelancong, domestik mahupun antabangsa bahawa mereka boleh bercuti di negeri ini dalam keadaan selamat.

“Sepanjang siri TMM2024 kawasan tumpuan khusus sekitar Bangunan Stadthuys, menjadi tumpuan ratusan ribu pelancong dan pengunjung. Saya dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa lokasi tumpuan pelancong ini adalah kawasan sifar jenayah sama ada kes kecurian, penyeluk saku, ragut dan sebagainya.

“Jenayah disebutkan tadi tidak pernah berlaku atau dilaporkan di kawasan pelancongan ini, ia menunjukkan kecemerlangan PDRM dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam mencegah jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Program Community Policing Peringkat IPD Jasin di Dewan Terbuka Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh serta Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

Yang turut hadir Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah.

Dalam pada itu, Ab Rauf mengucapkan tahniah kepada pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka yang sentiasa berusaha mengekang kes jenayah di kawasan pelancongan.

“Kita ucap tahniah kepada pihak polis kerana berjaya memberikan satu pendekatan mencegah, sehinggakan pelancong lebih yakin datang ke Melaka untuk melancong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

251
Kongsi :
Previous post PENIAGA TERUJA MENANTI PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA
Next post POLIS, MASYARAKAT SALING KERJASAMA
Ubah saiz-+=