Sorting by

×

Melaka destinasi pelancongan mesra OKU

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BANDARAYA MELAKA 3 Januari – “Saya selalu datang Melaka sebab negeri pelancongan ini memang mesra Kurang Upaya (OKU),” kata seorang pelancong, Mohamad Razi Herman, 30.

Mohamad Razi yang menetap di Kuala Lumpur yang juga seorang OKU menyifatkan segala fasiliti untuk golongan sepertinya di negeri ini berada pada tahap memuaskan.

Namun begitu, beliau berharap kemudahan tersebut perlu diperbanyakkan bagi memudahkan OKU khususnya mereka yang menggunakan kerusi roda sepertinya untuk mendapatkan akses lebih mudah ke lokasi-lokasi pelancongan.

“Sudah beberapa kali saya dan isteri datang ke Melaka kerana bagi saya negeri ini mesra OKU seperti di Menara Taming Sari yang dilengkapi dengan ‘ramp’ kita sudah boleh pergi sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang ramai menaiki mercu pelancongan ikonik itu.

“Saya gembira kerana kebanyakkan lokasi pelancongan dilengkapi parkir khas OKU dan ini memudahkan saya dan isteri untuk memandu dan memarkir kenderaan tanpa jarak yang jauh.

“Bagaimanapun kita berharap Kerajaan Negeri akan memperbanyakkan lagi kemudahan OKU ini khususnya di pantai peranginan dan kawasan luar bandar kerana bagi saya sebagai OKU kita cuba untuk berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang,” katanya.

Dia ditemui Melaka Hari Ini ketika hadir ke Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 dan Ambang Tahun Baharu 2024, baru-baru ini.

Pada sambutan itu, lebih 30,000 pengunjung dan pelancong membanjiri Dataran Pengkalan Rama bagi menyaksikan sambutan TMM2024 yang diadakan penuh gilang-gemilang.

Antara acara menarik pada sambutan itu ialah persembahan artis popular tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Anuar Zain, Siti Nordiana, Zamani, Erni Zakri dan ramai lagi.

Selain itu, turut diadakan pertunjukan belon udara panas, cabutan bertuah buat pengunjung dan percikan bunga api menandakan masuknya Tahun Baharu 2024.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2011
Kongsi :
Previous post PEDi Melaka sedia bantu masyarakat luar bandar daftar PADU
Next post Mohon bina jalan pintasan Machap Jaya – Durian Tunggal
Ubah saiz-+=