Melaka destinasi keempat terbaik Malaysia untuk dilawati

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 30 Ogos – Melaka disenaraikan sebagai destinasi keempat terbaik daripada 25 lokasi untuk dilawati di Malaysia, menurut laporan portal Road Affairs.

Penulisnya, Richard Collect berkata Malaysia mempunyai kepelbagaian dari segi bahasa dan budaya sekali gus membentuk negara di Asia Tenggara yang unik berbanding negara jiran lain.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mempunyai persisiran pantai, pulau tropika dan terumbu karang yang cantik selain keindahan Hutan Hujan Tropika di Borneo dan kepelbagaian hidupan liar serta kelembapan tanah tinggi.

KOTA A’Famosa antara tinggalan sejarah penjajahan Portugis di Melaka yang menjadi tarikan pelancongan. Foto: MR. Azli

“Melaka adalah satu lokasi paling bersejarah untuk dilawati…yang mempunyai gabungan seni bina dan budaya eklektik untuk diterokai.

“Terdapat runtuhan kolonial Portugis dan bangunan pada era British serta ‘Chinatown’ yang menyumbang kepada status Warisan Dunia UNESCO.

“Selain itu, lawatan ke Jonker Street untuk menikmati keenakan sajian tempatan serta melihat ‘masjid terapung’,” katanya.

Kuala Lumpur disenaraikan sebagai lokasi terbaik pertama disusuli Pulau Sipadan dan Taman Negara.

Antara lokasi terbaik yang turut disenaraikan adalah, Johor Bharu, Cameron Highlands, Pulau Pangkor, George Town dan Langkawi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1089
Kongsi :
Previous post Pelantikan semula Noraini terajui KPT bolehkan dasar sebelum ini diterus
Next post Khairy Jamaluddin mula tugas rasmi sebagai Menteri Kesihatan
Ubah saiz-+=