Sorting by

×

Melaka dekat di hati Siti Nordiana

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Januari – Siti Nordiana meluahkan rasa bangga apabila dapat menjadi sebahagian daripada artis yang menjayakan Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dan Ambang Tahun Baharu 2024, pada Ahad.

Menyanyikan lagu Tun Fatimah, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana menyifatkan peluang membuat persembahan pada acara berprestij tersebut amat menyeronokkan memandangkan Melaka sentiasa ‘dekat’ di hatinya.

Kata pelantun lagu Memori Berkasih itu, selain datang untuk memenuhi undangan persembahan, negeri bersejarah ini juga merupakan lokasi pilihan untuknya bercuti bersama keluarga.

“Nana melihat Melaka ini lengkap dengan tarikan pelancongan tidak jauh beza dengan Kuala Lumpur kerana itu kalau nak bawa Rayyan (anak) berjalan-jalan, Melakalah tempatnya.

“Selain mencari asam pedas dan kuih keria, Nana suka sungainya yang cantik, lampu-lampu sekitar Bandar Melaka dan Pantai Klebang misalnya jadi lokasi berkelah Nana seisi keluarga.

“Apapun, Melaka sentiasa dekat di hati memandangkan Sendayan (Negeri Sembilan) dengan sini pun tidak jauh,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini selepas mengadakan persembahan di hadapan lebih 30,000 pengunjung.

Ditanya mengenai kenangan manis dan pahit sepanjang tahun lalu, Nana menganggap beraksi semula di pentas All Star Gegar Vaganza adalah antara memori tidak dapat dilupakan.

“Beraksi semula dan berjaya pula ke pentas final, itulah kenangan manis bagi Nana. Kenangan pahit apabila Nana kehilangan bapa tercinta, Allahyarham Alias Ahmad pada Julai tahun lalu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3273
Kongsi :
Previous post Anuar Zain belum puas hiburkan orang Melaka
Next post Tampoi FC julang Governor Cup, IM Team juara sulung Toh Puan Cup
Ubah saiz-+=