
Melaka catat RM3.2 bilion pelaburan asing enam bulan pertama 2021
SERI NEGERI 23 Sept. – Melaka mencatatkan pelaburan asing bernilai lebih RM3.2 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Exco Insfrastruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad (BN-Merlimau) berkata, pelaburan itu sekaligus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan mempelbagaikan sektor ekonomi negeri.
“Ini sekaligus dapat meningkatkan prestasi ekonomi negeri dalam semua bidang.
“Kehadiran pelabur dari syarikat multi nasional besar ini juga dianggarkan memberi manfaat sebanyak RM5 bilion seperti ditetapkan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaaan lisan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka yang Ke-14 hari ini.
Beliau menjawab soalan Damian Yeo Shen (DAP-Duyong)
yang bertanyakan ketua menteri mengenai pelaburan asing di Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.