Sorting by

×

MELAKA CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 Januari – Melaka mencatat nilai pelaburan sebanyak RM5 bilion setakat September 2024, sekali gus membuktikan negeri ini terus diyakini pelabur  domestik dan asing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pencapaian tersebut merupakan satu langkah positif bagi menggapai kemajuan yang lebih besar untuk negeri bersejarah ini.

“Alhamdulillah, sehingga September 2024, Negeri Melaka mencatatkan nilai pelaburan memberangsangkan iaitu sebanyak RM5 bilion, RM0.8 bilion daripada pelaburan asing dan 4.2 bilion ringgit daripada pelaburan domestik.

“Pencapaian ini, adalah satu kejayaan yang patut dibanggakan kerana secara tidak langsung mempamerkan keyakinan pelabur asing terhadap potensi ekonomi dan pembangunan Negeri Melaka.

“Dalam tidak sedar, pencapaian ini juga merupakan satu langkah positif yang dapat memberi inspirasi kepada pihak berkepentingan untuk terus berusaha dan memperkukuh kerjasama untuk mencapai kemajuan yang lebih besar untuk Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Kumpulan Perbadanan Melaka (MCORP) di sebuah hotel di sini, malam ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Wira Salhah Salleh; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar serta wakil-wakil pengurusan kumpulan syarikat di bawah MCORP.

Ab Rauf yang juga Pengerusi MCORP turut menyarankan MCORP agar terus mempromosi pelaburan bagi menarik lebih banyak kemasukan pelabur domestik dan asing ke negeri ini.

“Bergerak ke hadapan, saya melihat pelbagai usaha perlu terus diperkasa bagi menarik minat pelabur misalnya, melibatkan lebih banyak sektor pelancongan.

“Untuk itu, saya menyarankan agar MCORP terus optimis mempergiat promosi pelaburan, sekali gus mewujudkan iklim pelaburan yang kondusif bagi menarik lebih banyak pelabur masuk ke Negeri Melaka,” katanya.

Sementara itu, seramai 151 warga kerja MCORP termasuk 11 kumpulan syarikat MCORP telah diraikan pada majlis tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

387
Kongsi :
Previous post POLIS JEMPOL MINTA BANTUAN KESAN WARGA EMAS HILANG HAMPIR TIGA BULAN LEPAS
Next post TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
Ubah saiz-+=