Sorting by

×

Melaka catat lima kematian akibat COVID-19 hari ini

Masa Membaca:45 Saat

AYER KEROH 25 Jan – Lima kes kematian akibat jangkitan COVID-19 direkodkan di negeri ini, hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menerusi info grafik di Facebook rasminya menyatakan tiga kematian direkodkan membabitkan lelaki dan dua wanita dengan empat daripadanya mempunyai sejarah penyakit kronik.

JKN berkata, empat individu meninggal dunia di Hospital Melaka dan satu kes meninggal dunia sebelum tiba di hospital.

Sementara itu, sebanyak 370 kes positif baharu direkodkan hari ini dengan 288 daripadanya mendapat jangkitan menerusi kontak keluarga yang juga punca utama.

Punca jangkitan kedua tertinggi adalah saringan bergejala dalam kalangan orang ramai dengah 42 kes, diikuti 26 kes kluster kilang, 10 kes dari tempat kerja bukan kilang dan enam dari institusi penjara.

“Seramai 850 individu direkodkan telah sembuh manakala 4,034 individu sedang dirawat dengan 106 orang di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 26 menerima bantuan alat pernafasan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

367
Kongsi :
Previous post Suami isteri ditahan, jadikan anak saudara hamba seks
Next post MUFC ‘mandi peluh’ sebelum curi satu mata
Ubah saiz-+=