
Melaka catat 835 kes, tertinggi selepas Selangor, KL
Masa Membaca:30 Saat
AYER KEROH 10 Julai – Melaka memecah rekod kes jangkitan harian COVID-19 hari ini dengan catatan 835 kes, mengikut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lebih membimbangkan, jumlah itu merupakan kes jangkitan harian ketiga tertinggi dalam negara selepas Selangor (4,277 kes) dan Kuala Lumpur (1,398 kes)
Menurut KKM, sebanyak 9,353 kes telah direkodkan di seluruh negara, hari ini, sekali gus menjadi jumlah kes harian tertinggi pernah dicatat.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini melonjak kepada 827,191 kes setakat ini.
Berita lanjut menyusul.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
489