
Melaka catat 65 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini
AYER KEROH 21 Feb. – Sebanyak 65 kes baharu direkodkan di Melaka hari ini menjadikan jumlah kes aktif yang positif COVID-19 sebanyak 764 kes.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata 24 kes daripada jumlah kes baharu itu dikesan menerusi kontak rapat daripada Kluster Teknologi Lot Enam manakala enam lagi dikesan daripada Kluster Teknologi Batu Berendam.
Katanya, manakala 23 kes lagi dikesan menerusi penularan dalam kalangan banduan dan pendatang tanpa izin (PATI) daripada Kluster Tembok Sungai Udang dan Kluster Telok Mas.
“Turut dikesan satu kes import menerusi saringan dari kluster luar Melaka iaitu Kluster Cyber Senai.
“Manakala selebihnya adalah jangkitan tempatan dan lain-lain jangkitan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, daripada jumlah kes aktif di negeri ini setakat hari ini, 98 pesakit positif diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.
“Seramai 764 pesakit masih dirawat di Hospital Melaka termasuk sembilan yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KEMATIAN WARGA EMAS DENGAN KESAN TERBAKAR AKIBAT HENTAKAN OBJEK, SEDUTAN ASAP
ALOR SETAR 4 Mac - Punca kematian wanita warga emas yang ditemukan dengan kesan terbakar disyaki dibunuh anaknya pada Ahad...
TIGA LELAKI DISYAKI ROMPAK KEDAI EMAS DI NILAI
SEREMBAN 4 Mac - Tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat...
LIMA MUZIUM TAWAR HARGA TIKET RM3
AYER KEROH 4 Mac - Bagi peminat sejarah dan seni, melawat muzium adalah satu aktiviti yang menarik dan berinformasi, Namun...
TAMBAH RESTORAN TERAPUNG KLASIK UNTUK TARIK PENGUNJUNG
BANDARAYA MELAKA 4 Mac - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) merancang untuk menyediakan sebuah lagi restoran terapung berkonsep...
LEBIH 35,000 KES PENIPUAN DENGAN KERUGIAN RM1.6 BILION DIREKODKAN TAHUN LEPAS – BUKIT AMAN
KUALA LUMPUR 3 Mac - Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion, kata Pengarah...
LELAKI DITAHAN, DISYAKI EDAR DADAH BERNILAI LEBIH RM50,000
PENGKALAN BATU 3 Mac - Polis Melaka melumpuhkan satu rangkaian pengedaran dadah susulan tangkapan dilakukan terhadap seorang pemuda berusia 22...