Melaka cadang warta larangan projek pembangunan di kawasan ‘wetland’
SERI NEGERI 3 Mac – Kawasan tanah bencah (wetland) di Melaka akan dicadang untuk diwartakan sebagai kawasan larangan projek perumahan.
EXCO Pengurusan Banjir Negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, perkara itu penting memandangkan ‘wetland’ yang merangkumi kawasan paya serta kawasan tanah gambut yang ditakungi air boleh menjadi kawasan semulajadi untuk menampung lebihan air ketika musim hujan, sekali gus mengurangkan risiko banjir.
“Saya setuju bahawa ada kesilapan dalam projek pembangunan baharu yang tidak mengambil kira ‘wetland’ sebagai tempat air bertakung.
“Jadi, saya mencadang kerajaan negeri agar mewartakan kawasan wetland supaya ia tidak boleh dibangunkan sewenang-wenangnya khusus membabitkan projek perumahan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
SEMBILAN CEDERA, KEMALANGAN BABIT LAPAN KENDERAAN
AYER KEROH 8 Januari - Sembilan cedera termasuk seorang pemandu bas parah selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di...
PERZIM MAHU KETENGAH KREATIVITI INDIVIDU ‘BERTANGAN’ SENI
AYER MOLEK 8 Januari - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) sedia mengetengahkan koleksi peribadi individu-individu yang kreatif dalam menghasilkan seni dan...
KHATAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK DUN ASAHAN
ASAHAN 8 Januari - Seramai 100 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan akan menyertai Program Khatan Perdana DUN Asahan...
UTEM PERKENAL 5 PRODUK INOVASI
AYER KEROH 8 Januari - Kincir air untuk tenaga boleh diperbaharui menjadi antara lima produk inovasi bertaraf dunia berimpak tinggi...
DUNIA KECIL NORMAH
AYER MOLEK 8 Januari - Siapa sangka wanita yang dahulunya bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan, memiliki tangan berseni kerana mahir...
TIGA AMANAT KETUA MENTERI KEPADA MCORP
BANDARAYA MELAKA 8 Januari - Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menekankan tiga perkara penting dalam amanat khasnya...