
Melaka cadang penerbangan terus ke KK, Pulau Pinang
AYER KEROH 14 Dis. – Melaka sedang berusaha menarik penyertaan syarikat penerbangan Firefly untuk meluaskan penerbangannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, antara laluan penerbangan yang dibincangkan ialah Kota Kinabalu-Melaka dan Melaka-Pulau Pinang.
Jelasnya, perkara tersebut antara yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Pengurus LTAM Mohamad Nazri Mat Khalib dan Ketua Bahagian Jualan Firefly Muizzuddin Mahmud di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.
“Pertemuan ini cukup penting dalam usaha Kerajaan Negeri Melaka menarik penyertaan syarikat penerbangan Firefly untuk meluaskan penerbangannya ke Negeri Melaka.
“Antara destinasi yang dibincangkan ialah cadangan penerbangan Kota Kinabalu–Melaka dan Melaka–Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya.
Sulaiman menzahirkan kepercayaan perbincangan tersebut dapat merancakkan lagi sektor penerbangan di LTAM dan pelancongan Negeri Melaka secara keseluruhannya pada masa akan datang.
Views:
Related


Berita Lain
KES BUNUH WANITA DAN ANAK SAUDARA, POLIS RAKAM KETERANGAN LIMA SAKSI
KUALA LUMPUR 27 April - Lima saksi termasuk jiran serta ahli keluarga seorang wanita dan anak saudaranya yang ditemukan mati...
BERAYA DI DUYONG JADI TRADISI RAKYAT SETIAP TAHUN
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa penganjuran itu bukan sekadar majlis untuk bersama-sama meraikan Aidilfitri bukan,...
BUKTIKAN ANDA JUGA BOLEH BERJAYA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 27 April - Percaya kepada diri sendiri, bersemangat untuk terus belajar, menerima nasihat dan sentiasa berusaha memperbaiki diri...
MELAKA KOMITED MENCORAK PEMIMPIN MUDA BERWIBAWA
TANJUNG BIDARA 27 April - Melahirkan lebih ramai pemimpin muda berwibawa dan kaya dengan pelbagai idea segar yang mampu memberikan...
‘BUKAN RAYA BIASA’
DUYONG 27 April - Jamuan Raya Tak Rileks@DUYONGKita membuktikan bahawa suasana Hari Raya Aidilfitri bukan sekadar satu acara biasa, tetapi...
LALUAN SEHALA DI PEKAN DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 27 April - Pekan Durian Tunggal akan menjadi laluan sehala dalam usaha mengatasi masalah kesesakan trafik yang sudah...