Sorting by

×

Melaka cadang kursus EV dan tenaga solar dibuka di Masjid Tanah

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER KEROH 26 November – Kerajaan Negeri menyambut baik saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu mewujudkan kursus baharu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkaitan kenderaan elektrik (EV) dan tenaga solar baharu di Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata sebagai negeri yang mengangkat TVET, pihaknya mengalu-alukan sekiranya Kerajaan Persekutuan mahu membawa masuk teknologi terbabit ke negeri ini.

Bagaimanapun, jelas Ab Rauf pihaknya belum menerima maklumat lanjut berkenaan hal tersebut dan bersedia untuk membawa masuk teknologi tersebut untuk menjurus kearah pembangunan teknologi mampan di Melaka.

“Kita belum dapat maklumat lanjut, namun sudah pasti Melaka menjurus kearah pembngunan teknologi mampan, hal ini dengan mengadaptasi apa sahaja teknologi yang baharu.

“Ia pasti memerlukan satu perancangan dan penyelidikan yang agak tinggi (sekiranya dibawa masuk), Kerajaan Negeri mengalu-alukankan sekiranya Kerajaan Pusat mahu bawa teknologi ini ke Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Merasmikan Majlis Penutup Karnival Pendidikan dan Kerjaya TVET Negeri Melaka 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknolgi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Timbalan Exco Ekonomi dan Pembangunan TVET negeri merangkap Pengerusi TVET Melaka, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata kawasan perindustarian seluas 2023 hektar di Masjid Tanah turut dicadangkan menjadi lokasi memperkenalkan kursus baharu berkaitan EV dan tenaga solar.

“Kita menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan memperkenalkan kursus itu susulan Melaka mendapat permintaan tinggi daripada pelabur untuk tenaga boleh baharu (renewable energy).

“Kita belum dapat maklumat di mana lokasinya tapi di Melaka tatkala kita sedang berusaha untuk majukan 5,000 ekar (2023 hektar) di belah utara Melaka, kemungkinan ia boleh diletakkan di situ,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

969
Kongsi :
Previous post Berganding bahu tingkat pembangunan kanak-kanak
Next post Majlis TVET Melaka disaran promosi institusi TVET dalam negeri – KM
Ubah saiz-+=