Sorting by

×

MELAKA BILA LARUT MALAM TUJUH EDISI CATAT REKOD 87,553 PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

SERI NEGERI 27 Disember – Program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife yang sudah dilaksanakan sebanyak tujuh edisi berjaya menarik kehadiran seramai 87,553 pelancong domestik dan antarabangsa.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata program hasil idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh itu bertujuan untuk merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Abdul  Razak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas berkata, program pelancongan baharu yang diperkenalkan itu telah dilaksanakan pada setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan.

“Program ini menawarkan tiket masuk serendah RM10 bag produk-produk pelancongan Negeri Melaka terpilih bermula jam 11 malam hingga 2.00 pagi.

“Program ini telah dilancarkan 24 Mei lalu membabitkan produk pelancongan seperti Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Muzium Penjara Malaysia Melaka, Cool Ghost Museum Melaka, Malaysia Heritage Studios, Panggung Bangsawan, Melaka Floating Market, Air Panas Jasin dan Air Panas Cherana Putih.

“Pakej ini termasuk dengan pembelian Cenderamata Khas TMM2024 serendah RM10 dan pengunjung berpeluang menyertai cabutan bertuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan daripada Adly Zahari (PH-Bukit Katil) mengenai penganjuran TMM2024 pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Razak turut memaklumkan Kerajaan Negeri turut melancarkan Set Kombo Menu RM10 sempena Program Melaka Bila Larut Malam.

“Sebanyak 45 pengusaah restoran, cafe dan kedai makan telah terlibat dengan menawarkan menu makan dan air dengan harga RM10,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

265
Kongsi :
Previous post MELAKA SEDIA TERIMA PELABURAN BERTEKNOLOGI TINGGI
Next post MELAKA TERIMA PELABURAN TINGGI DARI TIGA NEGARA
Ubah saiz-+=