Melaka Bila Larut Malam: Tiket Panggung Bangsawan ‘laku keras’

Masa Membaca:33 Saat

Bandaraya Melaka 2 Jun – Hampir 400 tiket di Panggung Bangsawan Melaka habis terjual bersempena Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’.

Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati orang ramai mula memenuhi perkarangan Panggung Bangsawan Melaka sejak jam 10.30 malam.

Persembahan pentas bermula dari =jam 11 malam sehingga jam 2 pagi bertemakan retro dan komediri membabitkan kumpulan Bangsawan Band, Helmi Gimmick, Yassin Senario, DJ Kudin serta beberapa artis tempatan.

Turut hadir menyaksikan persembahan, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Melaka (MCORP), Datuk Khaidhirah Abu Zahar bersama Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

283
Kongsi :
Previous post Bila Larut Malam: Lebih 5,000 serbu pusat pelancongan Melaka 
Next post Melaka Bila Larut Malam tampil kelainan setiap bulan
Ubah saiz-+=