Sorting by

×

MELAKA BILA LARUT MALAM: TARIAN SINGA DI MENARA TAMING SARI

Masa Membaca:54 Saat

BANDA HILIR 26 Januari – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) akan menampilkan kelainan pada Program Melaka Bila Larut Malam Edisi Februari yang dijadual pada 1 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB), Nur Azan Hassan berkata, pihaknya akan menampilkan aktiviti dan persembahan kebudayaan sempena perayaan Tahun Baru Cina di perkarangan Menara Taming Sari.

Mengambil kesempatan sempena musim cuti sekolah, beliau turut mengajak orang ramai untuk menikmati panorama Bandaraya Melaka dari atas menara ikonik itu.

“Pada edisi Februari ini kita bawakan tarian singa, persembahan dan aktiviti kebudayaan untuk menggamit pengunjung ke Menara Taming Sari.

“Bertepatan dengan musim cuti sekolah, kita sangat mengalu-alukan kehadiran pengunjung dalam dan luar negeri untuk menikmati panorama malam Banda Melaka dengan tiket dijual serendah RM10 sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri meneruskan Program Melaka Bila Larut Malam yang diperkenalkan pada tahun lalu sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Program tersebut berlangsung pada setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan dengan tawaran kemasukan serendah RM10 seorang ke lokasi pelancongan terpilih.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

233
Kongsi :
Previous post MBMB TERIMA TIGA ANUGERAH DI MIP EXCELLENCE AWARDS 2024
Next post 500 ANAK HANG TUAH JAYA KEMBALI KE SEKOLAH DENGAN ‘SEMANGAT’ BAHARU
Ubah saiz-+=