Melaka Bila Larut Malam: Panggung Bangsawan beza ‘show’ setiap bulan

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

BANDARAYA MELAKA 2 Jun – Konsep dan persembahan berbeza disusun pada setiap bulan bagi menarik lebih ramai peminat seni untuk singgah ke Panggung Bangsawan Melaka setiap kali penganjuran Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata ia berikutan sambutan positif daripada pengunjung bagi penganjuran Melaka Bila Larut Malam.

Khaidhirah yang juga Timbalan Pengerusi Perbadanan Melaka (MCORP) berkata, pihaknya tidak menjangkakan sambutan hangat dengan jualan tiket lebih 80 peratus telah terjual.

Img 20240602 101445 126
KHAIDHIRAH.

“Tanggal 1 Jun merupakan pembuka tirai Melaka Bila Larut Malam yang merupakan inisiatif Kerajaan Negeri. Pada awalnya kita agak risau dan bimbang juga mengenai penerimaan orang ramai, kerana pelaksanaan dari jam 11 malam hingga ke jam 2 pagi. Kita risau jika tiada orang datang.

“Namun telahan itu, alhamdulillah hampir penuh panggung dan pelbagai reaksi positif yang kita terima, pengunjung juga terhibur dengan persembahan yang dipentaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Program Melaka Bila Larut Malam berkonsepkan retro dan komediri di Panggung Bangsawan Melaka malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MCORP, Datuk Mohd Yusof Abu Bakar dan Pengurus Besar MCORP Corporation Services Sdn Bhd (MCS), Datin Sukhirah Ibrahim.

Img 20240602 101554 441
KHAIDHIRAH bersama Mohd Yusof berbincang mengenai persembahan disusun di Panggung Bangsawan Melaka. Foto Muhammad Rasul Azli Samad

Mengulas lanjut, Khaidhirah turut memaklumkam Panggung Bangsawan Melaka akan menampilkan pelbagai program membabitkan persembahan pentas yang menarik setiap bulan bersempena Melaka Bila Larut Malam.

“Selepas pembukaan tirai, saya yakin Panggung Bangsawan Melaka mampu menarik lebih ramai pengunjung ke sini untuk menonton, menyaksikan pelbagai kelainan yang akan dibawa sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024,”katanya.

Untuk rekod, Melaka Bila Larut Malam di Panggung Bangsawan berjaya menjual sebanyak 320 tiket yang dijual secara dalam talian dan ‘walk-in’.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

176
Kongsi :
Previous post TMM2024: Inap desa ibarat ‘pisang goreng panas’
Next post 800 motosikal klasik promosi Malaysia Bike Week 2024
Ubah saiz-+=