MELAKA BILA LARUT MALAM: KAUNTER MELAKA RIVER CRUISE DIBUKA AWAL
BANDARAYA MELAKA 30 Ogos – Melaka River Cruise (MRC) membuka kaunter tiket lebih awal sempena Program Melaka Bila Larut Malam, malam esok (31 Ogos).
Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka (PPSPM) Khairunnisa Ibno Masooda berkata, kaunter tiket akan dibuka seawal jam 8.30 malam di Dataran Pengkalan Rama.
Sempena edisi keempat Melaka Bila Larut Malam itu, pihaknya menyasarkan 2,000 pengunjung akan menikmati keindahan malam menelusuri Sungai Melaka pada waktu malam dengan harga tiket serendah RM10 sahaja.
“Program Melaka Bila Larut Malam edisi September diawalkan dan dilaksanakan pada 31 Ogos ini dan edisi kali ini kita menyasarkan kira-kira 2,000 pengunjung akan menikmati tarikan disediakan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, Khairunnisa turut memaklumkan pada malam ini (30 Ogos), pelbagai ‘pocket show’ akan diadakan di Melaka Floating Market dan Windmill Pink Market di Dataran Pengkalan Rama.
“Pada malam Ambang Kemerdekaan, kita juga ada ‘countdown’ dan persembahan nyanyian yang menarik di tapak WindmillPink Market. Jadi, kita menjemput orang ramai untuk memeriahkan Dataran Pengkalan Rama,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
USIA 56 TAHUN BUKAN PENGHALANG SAMBUNG BELAJAR
AYER KEROH 15 Januari - Anak kelahiran Melaka, Andrea Esley Teoh Ho Piat membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk dia...
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...