Sorting by

×

Melaka Bila Larut Malam Edisi Julai: Perzim laksana tiga program serentak

Masa Membaca:58 Saat

BANDA HILIR 14 Julai – Produk kendal Ian Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menerima sambutan pengunjung yang menggalakkan di kesemua lima muzium yang dibuka sempena Program Melaka Bila Larut Malam.

Pengurus Besar Perzim, Erne Hamsah berkata lima muzium terbabit adalah Muzium Rakyat; Muzium Belia; Muzium Sejarah dan Etnografi; Muzium Samudera; Muzium Istana Kesultanan Melaka dan Muzium Rakyat.

Tambahnya, kelainan pada edisi Julai Program Melaka Bila Larut Malam adalah dengan menggabungkan program Car Free Zone dan Sambutan Ulang Tahun Ke-16 Sempena Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO.

“Edisi kali ini kita bekerjasama dengan Melaka World Heritage dengan menjayakan tiga program serentak.

“Dimana pelbagai program sampingan yang kita laksanakan daripada siang hingga ke malam dan saya melihat kunjungan pelancong dalam dan luar negara juga memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Silat Berani Laksana Jebat di hadapan Muzium Rakyat di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Erne berkata antara program sampingan yang dilaksanakan termasuklah sukan rakyat; pameran; pertandingan silat dan pelbagai lagi.

“Semua aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan adalah bertepatan dengan tema bulan Julai iaitu Bulan Warisan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

296
Kongsi :
Previous post Hampir 5,000 pengunjung ke lapan produk pelancongan Bila Larut Malam
Next post Melaka River Cruise sedia 5,000 tiket untuk Bila Larut Malam
Ubah saiz-+=